Kerjaya Mohamad Aziz

Perniagaan dan kehidupan awal

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Radin Faridah dan Puan Sri Azizah Zakaria. Azizah merupakan mantan Ahli Dewan Negeri Johor bagi kerusi Parit Raja, Batu Pahat, Johor dari tahun 2013 hingga 2018. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji sejak tahun 2011. Beliau juga merupakan Pengerusi syarikat Tenaga Switchgear Sendirian Berhad, yang merupakan syarikat subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Politik

Pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Sri Gading selama 3 penggal. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Ali Markom dengan majoriti sebanyak 10,874 undi. Beliau memperolehi 19,641 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 8,767 undi. Sebelum itu beliau merupakan Ahli Parlimen Sri Gading bagi penggal 1999 hingga 2004 dan penggal 2004 hingga 2008.

Sebelum berpindah ke Parlimen beliau juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Johor selama 3 penggal dari tahun 1986 hingga 1999. Beliau mewakili Dewan Undangan Negeri Parit Yaani dengan menang tanpa bertanding pada 1986. Dalam tahun 1990 beliau telah dilantik sebagai EXCO Kerajaan negeri Johor dengan memegang fotfolio sebagai Pengerusi Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat negeri Johor. Pada 2004 beliau telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Johor ( tugas tugas khas ) selama sepenggal.

Semasa perhimpunan agung UMNO ke-59 yang dijalankan pada 24 hingga 28 Mac 2009, beliau menjadi calon Timbalan Pengerusi Tetap UMNO bagi sesi 2008/2011 dan menang tanpa bertanding.[2]

Sebelum bergelar wakil rakyat sebagai ADUN dan Juga Ahli Parlimen beliau berkhidmat sebagai Pegawai Seranta di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah pada tahun 1982 hingga 1986. Sebelum itu beliau merupakan Wakil Peribadi Kepada YAB Perdana Menteri ke 3 iaitu Tun Hussien Onn yang juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading sejak 1974 hingga 1982.